SEJARAH, VISI, MISI, OBJEKTIF DHL EXPRESS


SEJARAH  DHL EXPRESS

DHL EXPRESS merupakan syarikat ekspres udara antarabangsa yang pertama. Ia  ditubuhkan bagi melakukan operasi-operasi di Malaysia pada 1973 bagi mengendalikan ekspres udara pelanggan-pelanggan, dalam tempoh kritikal dan keperluan-keperluan kargo. Komitmen mereka untuk memberi perkhidmatan dan kualiti di Malaysia melibatkan 700 orang kakitangan berpangkalan di 25 pusat-pusat perkhidmatan yang strategic sepanjang semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak. DHL EXPRESS mempunyai 5 pintu masuk antarabangsa untuk menyalurkan semua pergerakan perkhidmatan rentas sempadan mereka. Kemudahan pintu masuk ini adalah yang terbesar dan paling maju di kalangan syarikat-syarikat ekspres udara dalam negara ini dan mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk membuat penghantaran dengan cepat dan cekap.
DHL telah diasaskan di San Francisco hampir 40 tahun yang lalu oleh 3 orang usahawan iaitu Adrian Dalsey, Larry Hillblom dan Robert Lynn. Hari ini, hubungan rangkaian antarabangsa DHL telah menjangkau lebih daripada 220 buah negara dan wilayah-wilayah di seluruh dunia dan mempunyai 300,000 orang pekerja. DHL juga menawarkan kepakaran dalam perkhidmatan ekspress, udara dan kargo laut, pengangkutan daratan, kontrak penyelesaian logistik serta perkhidmatan-perkhidmatan mel antarabangsa. 
Di Malaysia, ‘DHL global forwarding’ menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah Kargo Udara, Kargo Laut, Domestic Freight (Penggabungan kargo ke Timur Malaysia), Program pengurusan pelanggan, Pengurusan Kargo, penyimpanan barang dan penyebaran, Projek menghantar dan penghabisan barangan di Kastam. Pasaran-pasaran sasaran mereka termasuklah barangan pengguna laris (FMCG), elektronik, kesihatan, Pharmaceuticals dan Bahagian Automotif.


VISI DHL

DHL merupakan sebuah syarikat yang amat menitik beratkan kepuasan pelanggan. Oleh itu, kepuasan pelanggan merupakan sumber utama bagi mencipta visi mereka. Visi mereka ialah ‘Kepercayaan pelanggan terhadap DHL sebagai syarikat pilihan utama bagi perkhidmata logistic dan penghantaran ekspress, mengetuai industri logistik dari segi kualiti, keuntungan dan pasaran saham’.


MISI DHL

Terdapat empat misi utama yang menjadi panduan terhadap kejayaan DHL. 
Misi tersebut ialah : 
  •   Menawarkan perkhidmatan ekspress paling berkualiti dan penyelasaian logistic berdasarkan kepakaran tempatan dan digabung dengan rangkaian antarabangsa yang luas.
  •  Menarik, membangunkan dan mengekalkan pelanggan utama dengan mewujudkan satu persekitaran kerja antarabangsa yang sebenar dan meletakkan nilai pada warisan budaya kita.
  •  Menghantar barangan di atas purata pulangan-pulangan dengan menyediakan tahap kualiti yang tinggi dan penyelesaian-penyelesaian masalah penghantaran pada semua peringkat dalam proses perniagaan.
  •  Bertanggungjawab dalam setiap negara di mana mereka beroperasi, melibatkan sosial dan keperluan persekitaran pekerja-pekerja mereka, komuniti-komuniti tempatan dan awam.


OBJEKTIF

Disebabkan oleh sifat kewarganegaraan korporat, dan ianya menjangkau kepada keluasan dan kemajuan sebuah organisasi, DHL berusaha untuk mencapai objektifnya iaitu:
  •       Untuk menyampaikan dalam bentuk kualiti yang cemerlang
  •       Bagi menggalakkan keterbukaan
  •       Untuk bertindak menurut keutamaan-keutamaan yang jelas
  •  .        Untuk bertindak dalam bentuk cara keusahawanan
  •  .        Untuk bertindak secara integriti dalaman dan luaran
  •  .        Bagi menerima tanggungjawab social