KESIMPULAN




          Justeru, kami telah memilih Syarikat DHL sebagai syarikat logistik yang mempunyai kelebihan dari segi pengurusan operasinya berbanding dengan pesaing. Syarikat DHL mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pantas dan berkualiti yang dapat memuaskan kehendak penggunanya.

         Tambahan, Syarikat DHL menggunakan system Supply Chain Integrator dan Warehouse Management System (WMS) yang mempunyai pelbagai jenis fungsi yang canggih dalam proses perkhidmatannya. Ini mampu menjamin setiap penghantaran barangan dapat dibuat pada kualiti perkhidmatan yang paling maksimun dengan risiko dan kos yang paling minimun. Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna untuk terus menggunakan khidmat penghantaran yang ditawarkan Syarikat.

          Dengan segala kelebihan ini, Syarikat DHL telah Berjaya menjadi syarikat penghantaran pos yang terkemuka di Malaysia walaupun menghadapi pelbagai saingan daripada syarikat  tempatan dan antarabangsa yang lain. Hal ini adalah kerana Syarikat DHL mempunyai pengurusan operasi dan sistem logistik yang terurus dan sistematik yang dapat menjamin kualiti perkhidmatannya kepada pelanggan.