PENGENALAN



Perkembangan globalisasi telah memacu kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah perniagaan. Bagi memastikan sesebuah perniagaan mampu kekal dan berdaya saing, pengurusan operasi memainkan peranan yang amat penting bagi meneruskan kesinambungan sesebuah perniagaan. Pengurusan operasi yang baik sangat membantu kepada kemajuan dan keberterusan perniagaan dan menjadi kayu pengukur kepada daya saing sesebuah syarikat.
Tanpa mempunyai sokongan logistik yang cekap, kos menjalankan perniagaan tentunya amat tinggi dan syarikat juga tidak dapat menjalankan operasinya dengan baik. Ini boleh memberi kesan kepada pengurusan kualiti sesebuah syarikat dan seterusnya mengurangkan jumlah keuntungan sesebuah syarikat logistic. Oleh itu, syarikat yang Berjaya haruslah member sistem logistik dan sistem operasi yang bersesuaian dengan operasi syarikat itu sendiri.
Kertas kerja ini bertujuan bagi mengkaji sistem pengurusan operasi bagi syarikat penghantaran iaitu DHL Express. Kajian berfokus kepada sistem pengurusan logistik dan perkhidmatan kaunter bagi mengetahui sistem yang dipraktikkan oleh syarikat ini dalam urusan perniagaannya yang berteraskan perkhidmatan penghantaran atau pos.
DHL Express dipilih kerana syarikat ini merupakan syarikat pos yang telah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai system perkhidmatan dan operasi mereka yang unik  dan tersendiri. Dengan pengalaman yang luas, kekuatan dan kebebasan pasarannya DHL Express telah mampu menerokai dan memperkembangkan peluang perniagaan baru melebihi ‘perkhidmatan pos secara tradisional’.