PERBINCANGAN



1 ) Perbincangan kos operasi

          Kecekapan operasi syarikat logistik memainkan peranan penting dalam menurunkan kos operasi bagi membolehkan mereka mendapat margin untung yang tinggi. DHL meningkatkan pengurusan rantaian bekalan degan menggunakan “Supply Chain Integrator”. Penggunaan sistem ini telah menurunkan kos operasi melalui pengoptimum rataian, penciptaan saluran komunikasi untuk maklumat kritikal dan penting, membolehkan syarikat membuat penghantaran langsung yang melibatkan penghantaran ke luar negara. Oleh itu, Supply Chain Integrator membantu menjimatkan masa penghantaran dan mengurangkan penglibatan kos.

                    Dari segi pengurusan gudang, DHL mengunakan cara tersendiri untuk mengurang kos pegangan.  DHL menggunakan Sistem Pengurusan Gudang yang menguruskan operasi gudangnya. Antara kelebihan menggunakan sistem ini ialah mengurangkan tahap inventori dengan memendekkan kitaran, mengurangkan kos tenaga kerja , meningkat tahap perkhidmatan dan meningkatkan kapasiti simpanan. Hal ini membantu DHL menjimatkan penggunaan ruang gudang dan meningkatkan kecekapan penggunaan ruang gudang. Seterusnya, kos penyimpanan dan kos tenaga kerja menurun.

           Secara keseluruhan, DHL mempunyai kelebihan bersaing dari segi penjimatan kos operasi dari kejayaan perlaksanaan sistem Supply Chain Integrator dan sistem pengurusan gudang. DHL menjalin hubungan optimum dengan rataian penghantarannya di peringkat antarabangsa dan saluran komunikasi yang luas dan berkesan serta pengurusan gudang yang cekap.

 2)  Perbincangan Kualiti Operasi

           Dari segi kualiti perkhidmatan, Syarikat DHL menawarkan perkhidmatan penghantaran secara pintu ke pintu yang memudahkan para pelanggan dimana mereka hanya perlu memilih destinasi negara dan akan terdapat satu sistem yang membantu mengira belanja tersebut . Perkhidmatan oleh syarikat DHL adalah sesuai kepada pelanggan yang yang ingin mengetahui jumlah bayaran dan masa yang diambil bagi penghantaran barangan . DHL adalah lebih mementingkan kepada kualiti perkhidmatan mengikut kesesuai pelanggan.

          Dari segi kualiti pengurusan maklumat, Syarikat DHL menggunakan Supply Chain Exel LOG-NET iaitu alat pelaporan pengurusan maklumat yang menyediakan pelanggan dengan pengurusan penghantaran yang proaktif . System ini adalah canggih dan direka khas untuk perkhidmatan penghantaran barangan. Sistem yang digunakan DHL mempunyai pelbagai fungsi ini membolehkan pihak syarikat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang pelbagai melalui maklumat yang diterima.

          Dari segi kualiti penghantaran, oleh sebab perkhidmatan syarikat ini banyak mengangkut barang-barang berharga atau sensitive, jadi ianya yang perlu dipantau dan dilindungi 24 jam. Oleh itu, Syarikat DHL menggunakan Exel Supply Chain Agile untuk menguruskan aliran bahan daripada penghantaran ke penerimaan barang yang disokong oleh sistem sokongan iaitu AgileConnect . Penghantaran oleh syarikat DHL adalah lebih sistematik kerana sistemnya memungkinkan pelanggan dan pembekal mengesan, menjejaki dan mengemaskini data mengenai penghantaran mereka.

          Keseluruhanya, syarikat DHL adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dari segi pengurusan dan prosess penghantaran untuk memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai .


3)   Perbincangan perkhidmatan penghantaran operasi  


Dalam perkhidmatan penghantaran, syarikat DHL , penghantaran produk pelanggan adalah dalam risiko pelanggan sendiri. Namun, perkhidmatan kargo yang ditawarkan oleh DHL diberi insuran. Ini adalah untuk menyakinkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan syarikatnya, dan juga sebagai langkah keselamatan atas produk yang dihantarkan.

Penghantaran syarikat ini juga dijamin sampai pada tempoh yang ditetapkan. Sistem GPS dipakaiguna oleh syarikat ini agar masa tidak dibazirkan dalam pencarian destinasi. Ia menawarkan perkhidmatan penghantaran yang menambah nilai kepada pelanggan. Penghantaran syarikat DHL meliputi penghantaran pada luar masa kerja, cuti umum dan hujung minggu, kawasan terperincil serta pengangkutan khusus untuk produk yang khusus. Perkhidmatan seperti ini adalah untuk memudahkan pelanggannya, yang juga selari dengan misi syarikatnya. Pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan penghantaran syarikat DHL walaupun dalam luar masa bekerja.

Sebaik sahaja penghantaran produk diselesaikan, syarikat DHL akan menghantarkan notis penghantaran kepada pelanggan melalui pelbagai saluran seperti e-mail, SMS, fax atau telefon. Perkhidmatan seperti ini menambah nilai kepada pelanggan, di mana pelanggan dapat mengetahui bahawa produk mereka telah disampaikan dalam keadaan yang sempurna. 

Keseluruhannya, syarikat DHL dikatakan lebih baik dari segi penghantarannya, di mana tempoh masa penghantaran produk adalah disesuaikan mengikut permintaan pelanggan. Pelanggan diberi pilihan dan kebolehubahan dalam perkhidmatan penghantaran DHL.


4)  Perbincangan Flexibility Operasi


             DHL mempunyai banyak cawangan yang menunjukkan flexibility menawarkan kesenangan kepada para pelanggan.  .  Cawangan DHL kebanyakan terletak di sekitar KL dan Selangor yang mempunyai populasi yang tinggi dan maju.

            DHL, syarikat telah menawarkan pakej dan perkhidmatan yang berlainan untuk memenuhi kehendak pelanggan terutamanya pelanggan yang mempunyai permintaan bagi masa pegiriman dan penerimaan.  DHL mempunyai beberapa pakej seperti delivery on noon, delivery on 9a.m dan sebagainya.  Oleh itu, bagi pelanggan yang mempunyai permintaan atau kesuntukan masa penghantaraan, DHL adalah lebih memenuhi kehendak pelanggan.

            syarikat DHL pula, syarikat bukan sahaja menawarkan ketiga- tiga cara penghantaran untuk pelanggan, dan juga membahagikan setiap cara penghantaran kepada beberapa pilihan.  Antaranya adalah seperti Air First, Air Premium, Air Value dan sebagainya.  Ini menyediakan peluang memilih dan perbandigan harga antara cara penghantaran ikut kemampuan kewangan dan kehendak masing- masing.  Dalam kes ini, DHL adalah lebih mempunyai target market yang jelas dan lebih berkemampuan untuk memenuhi kehendak para pelanggan.

           Tambahan pula, DHL juga menawarkan jualan seperti sampul surat, setem dan sebagainya, tetapi perkhidmatan tertentu tidak dapat ditawarkan seperti tambah nilai telefon bimbit.