LITERATURE REVIEW

     Tinjaun Sastera ( Literature Review )
Objektif utama operasi adalah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan, pada masa yang sama menguruskan bekalan dengan secekap yang mungkin.  Operasi sesebuah organisasi merupakan elemen yang amat penting. Hal ini disebabkan elemen ini berinteraksi dengan hampir kesemua fungsi atau bahagian lain dalam organisasi itu.
Strategi operasi pula merujuk kepada menambahkan nilai kepada pelanggan. Penambahan nilai melalui transformasi proses boleh berlaku dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, mengurangkan produk dalam kos rendah, memberi perkhidmatan dalam masa singkat, menawarkan informasi lebih, dan sebagainya. Strategi operasi dilaksanakan adalah untuk mencapai faedah jangka panjang organisasi di samping penambahan nilai kepada pelanggan.
Dalam usaha untuk mencapai operasi yang cekap, strategi operasi harus direka khas. Strategi boleh dibahagi kepada tiga tahap dalam sesebuah organisasi:
a.       Strategi korporat
-          Strategi korporat merupakan strategi tahap tertinggi dalam organisasi. Ia menentukan hala tuju jangka panjang organisasi serta skop bagi keseluruhan organisasi.
-          Strategi korporat selalunya merangkumi penentuan apa jenis perniagaan harus dijalankan? Bagaimana harus organisasi membahagikan bekalan untuk menampung operasi?
-          Organisasi sentiasanya mendedahkan strategi ini melalui misi dan visi organisasi.

b.      Strategi perniagaan
-          Strategi perniagaan selalunya prihatin tentang bagaimana perniagaannya harus bersaing dalam industri tersebut, serta apakah sasaran dan objektif strategi.
-          Dalam organisasi perniagaan tunggal, strategi perniagaan adalah bersamaan dengan strategi korporat.


c.       Strategi fungsi
-          Strategi yang direka untuk memberi sokongan kepada strategi perniagaan.
-          Dalam semua fungsi (operasi, pemasaran, kewangan, etc), pengurus membuat keputusan yang strategik.
Strategi operasi mempunyai hubungan menegak dengan strategi korporat dan strategi perniagaan dalam hieraki organisasi, dan hubungan melintang dengan strategi fungsi. Dalam proses membentuk strategi korporat dan strategi perniagaan, strategi operasi mungkin melalui proses ‘top-down’ atau proses ‘bottom-up’.
Pada masa sama, strategi operasi mungkin dibentuk mengikut keperluan pasaran (market led) atau kemampuan organisasi dalam menguruskan bekalan (operation led). Akan dibincangkan di bawah, merupakan empat perspektif bagi strategi operasi.
a.       ‘Top-down’
-          Menurut perspektif ini, proses pembentukan strategi operasi harus mengikuti pendekatan Skinner, di mana sekiranya strategi perniagaan organisasi adalah meminimumkan kos, tugas yang dilaksanakan harus berobjektif  meminimumkan kos operasi.
-          Dalam organisasi multi-perniagaan, perspektif ‘top-down’ membayangkan strategi operasi adalah berhubung dengan strategi korporat menerusi strategi perniagaan.

b.      ‘Bottom-up’
-          Perspektif ini adalah perspektif di mana organisasi belajar daripada pengalaman lepas, membentuk dan memperbaiki kemampuan operasinya.

c.       ‘Market-led’
-          Strategi operasi dibentuk atas persekitaran pasaran di mana organisasinya beroperasi.
-          Dalam perspektif ini, wujudnya 2 kriteria yang perlu dipenuhi sebelum pelanggan membuat keputusan membeli, iaitu “market qualifier” dan “order winning” yang membezakan organisasi dengan pesaing lain.
-           
d.      ‘Operation-led’
-          Keunggulan operasi digunakan sebagai strategi dalam perspektif ini.
-          Proses pembentukan proses harus dibuat dengan menilai kemampuan organisasi dan analisis yang menyeluruh bagaimana strategi ini dapat diperkembangkan pada masa depan.
Keputusan mengenai strategi operasi dapat dikategorikan kepada 2 kategori, iaitu struktur keputusan dan infrasturktur keputusan.
Strategi operasi struktur meliputi:
a.       Lokasi
-          Keputusan ini adalah mengenai fasiliti dan saiz bagi lokasi organisasi.
-          Sebagai contoh, keputusan lokasi bagi kilang adalah dipengaruhi oleh lokasi bahan mentah, manakala lokasi bagi pusat perkhidmatan adalah dipengaruhi oleh pelanggan.
-           
b.      Kapasiti
-          Kapasiti organisasi dan kebolehannya mengatasi perubahan dalam permintaan pelanggan.
-           
c.       Proses teknologi
-          Teknologi bagi peralatan dalam operasi.
-           
d.      Rangkaian penyediaan
-          Sejauh mana rantaian penyediaan dipengaruhi oleh organisasi.
Strategi operasi infrastruktur pula meliputi:
a.       Sumber manusia
-          Pengurus perlu menetapkan kelayakan bagi pekerja, dan menentukan macam mana pekerja dinilai.
b.      Pengurusan kualiti
-          Pengurus menentukan bagaimana kualiti ditentukan dalam organisasi.
-           
c.       Polisi dan prosedur
-          Keputusan mengenai bagaimana keputusan ditentukan.

d.      Struktur organisasi
-          Hieraki organisasi yang menerangkan pihak mana yang melaporkan pada pihak mana.
Strategi operasi adalah penting dalam usaha untuk mencapai keunggulan jangka panjang. Di samping itu, wujudnya lima kompetitif keutamaan yang membantu dalam menambahkan nilai pelanggan, iaitu:
a.       Kos
-          Keupayaan organisasi untuk memproseskan produk atau menawarkan perkhidmatan pada kos yang rendah.

b.      Kualiti
-          Keupayaan organisasi menghasilkan produk yang tidak mempunyai kecacatan.

c.       Kelajuan
-          Keupayaan untuk menghasilkan produk permintaan pelanggan dengan cepat, di mana masa menunggu adalah singkat.

d.      Flexibility
-          Keupayaan organisasi untuk menawarkan pelbagai jenis produk kepada pelanggan.
-          Keupayaan organisasi menukarkan produk fasiliti untuk memproses lini produk baru.

e.       Perkhidmatan
-          Untuk memperoleh keuntungan dalam persekitaran yang begitu bersaing, firma sekarang mula menawarkan perkhidmatan dalam penjualan produknya.


Dalam kes EasyJet yang merupakan syarikat pengangkutan kapal terbang yang popular dan menjadi syarikat paling menguntungkan di Eropah. Dengan objektif mencapai untung maksimum, penerbangan ini harus mencapai kos yang minimum untuk menyesuaikan dengan tarif rendahnya, yang merupakan daya tarikan utama bagi penumpang mereka. Oleh itu, EasyJet telah mengubahsuai operasinya bertujuan untuk meminimumkan kos. Hal ini dilakukan dalam beberapa cara iaitu penggunaan internet untuk sistem tempahan secara online sebagai faktor untuk maksimakan penumpangan. Tindakan lain ialah kurangkan penggunaan tiket perjalanan. Ini secara signifikan membantu mengurangkan kos penerbitan, pengedaran dan pemprosesan jutaan tiket. Selain itu, operasi EasyJet juga membatalkan kafeteria percuma dalam kapal terbang bagi mengurangkan kebebanan kos. Tambahan pula, EasyJet meningkatkan keefisienan penggunaan lapangan terbang dengan mendarat di lapangan terbang yang mempunyai kos pendaratan yang lebih rendah dan menawarkan kitaran pergerakan yang kurang daripada 30 minit. Cara terakhirnya ialah operasi kurang kertas. EasyJet telah mengamalkan konsep pejabat tanpa kertas, dengan segala pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan bergantung sepenuhnya kepada Sistem Teknologi Informasi. Strategi minimumkan kos operasi ini telah meningkatkan nilai pelanggan dan memaksimumkan untung syarikat.
Dalam keadaan sebenar, wujudnya ‘trade off’, di mana organisasi perlu membuat keputusan, terhadap kompetitif keutamaan yang mana harus difokus oleh organisasinya untuk mencapai operasi optima.
Kesimpulannya, strategi operasi ini berkaitan dengan tindakan sesuatu organisasi untuk terus berkembang dalam jangka masa panjang.